Monday, February 22, 2010
Sesudah Baca Fikirkan Dalam Hati!!!
underground….apakah sebenarnya underground? Apakah yang diperjuangkan oleh UNDERGROUND ini? Mungkin ramai yang mengaku mereka ini underground tetapi apakah mereka betul-betul pasti dengan apa yang mereka akui itu? Sebenarnya, untuk memusnahkan dan memperbetulkan segala kekusutan, mari kita tengok dan menimbang apa yang bakal diperbincangkan sebentar nanti. Mungkin ramai yang masih menganggap yang apabila mereka mendengar muzik atau berpakainan seolah-olah yang menunjukkan mereka ini underground..kononnya..mereka adalah underground yang sebenar. Jikalau kita dalami dengan membuat sedikit kajian..adakah motif dan konsep underground ini hanyalah berdasarkan muzik, mesej yang disampaikan melalui muzik dan cara pemakaian? Mungkin bagi sesetengah mereka, underground ini ialah "sesuatu yang abstrak dan tidak boleh dilihat. Berkonsepkan 'segalanya dilakukan oleh diri sendiri' atau D.I.Y dan berjuang untuk sesuatu contohnya muzik dan falsafah yang difahami yang hanya dapat diterima pakai oleh hanya sesetengah golongan. Menjauhkan diri dari segala yang dapat membuka diri daripada diterima oleh semua orang dan konsep ini hanya mementingkan kepuasan diri." Pada dasarnya..segala pernyataan yang diatas ada betulnya. Mari kita fikirkan dengan teliti dari segala aspek yang dapat kita faham. Apa yang dicatit diatas ialah untuk isi pertama ialah berjuang diatas muzik dan falsafah yang diperjuangkan oleh setiap individu yang menggelar diri mereka underground. Dari permulaannya underground di tanahair kita, adakah kita memperjuangkan kedua-duanya ataupun hanya menitikberatkan muzik? Jika ada, mana buktinya? Jika tiada, bagaimana ini boleh terjadi. Negara kita tidak kurangnya dengan kumpulan-kumpulan muzik yang mempunyai bakat yang luar biasa. Tetapi bagaimanakah dengan falsafah yang ingin diperjuangkan? Sebenarnya, apa yang diperjuangkan oleh underground ialah hak kemanusiaan yang mana kita sentiasa ditindas dari permulaan kehidupan hingga sekarang. Itu falsafah sebenar perjuangan underground. Untuk mempunyai etika, kesedaran diri yang mana kita mahukan hak kita sebagai manusia diberi dan kita lebih mempercayai kehidupan yang aman tanpa penindasan. Muzik bagi underground hanyalah sebagai salah satu 'senjata' untuk menyatakan sebarang ketidakpuasan hati dimana yang sebetulnya kita perlu melakukan sesuatu diatsa segala ketidakpuasan hati tersebut. Underground bukanlah hanya terpekik dengan muzik yang dasyat sedangkan orang lain tidak ambil peduli tentang apa yang diperkatan. Underground adalah suatu pergerakan yang mengambil tindakan diatas apa yang diperjuangkan. Mengikut penerangan diatas, adakah underground di negara kita betul-betul underground ataupun adakah negara kita hanya wujud dari segi muzik sedangkan apa yang ingin diperjuangkan hanyalah kata-kata atau angan-angan kosong? Berani saya katakan bahawa negara kita, walaupun muzik underground telah wujud dari tahun 80 an, tetapi yang wujud, hanyalah muzik kosong dan bukanlah underground itu sendiri. Jadi, tanpa falsafah dan tindakan, dengan hanya bermain muzik yang kononnya underground, adakah kita masih lagi boleh menganggap negara kita dan diri kita underground? Masih banyak penindasan yang berlaku di negara kita tanpa kita sedari dan apakah yang dilakukan oleh mereka yang mengaku diri mereka underground? Hanya berdiam diri, leka dan lalai dengan muzik kegemaran masing-masing, dan langsung tidak menghiraukan apa sebenar tujuan utama kita berada dalam arena underground ini. Mungkin ramai yang telah sedia maklum dengan kata-kata 'apa guna mempelajari sesuatu jika tidak kita mempraktikkannya.' Kata-kata ini betul dan kena dengan pejuang underground diluar negara, tetapi tidak bagi underground di negara kita. Dan berkemungkinan besar, ramai diantara kita yang masih lagi belum terang apa tujuan underground sebenarnya. Apa yang mereka tahu, hanyalah muzik. Apa yang mereka tahu, underground ialah muzik yang berat dan sebagainya. Dan ada juga mereka yang tahu dan pura-pura tidak tahu serta sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga dan hanya pentingkan muzik yang dimainkan tanpa mementingkan falsafah dan ideologi perjuangan dengan alasan,! 'Pihak yang berkenaan sedang melakukan yang terbaik untuk negara kita. Kita hanya main muzik. Hidup kita hanyalah muzik.' Adakah ini alasan yang baik untuk diterima? Selain dari konsep dan motif dan ideologi perjuangan, untuk isi kedua dari pernyataan diatas, ialah underground ini lebih mementingkan kepuasan diri. Untuk perenggan-perenggan diatas, kita banyak memfokuskan kepada falsafah perjuangan. Kini kita bertukar ke muzik dan apa yang dikatakan 'underground lebih mementingkan kepuasan diri.' Adakah benar mereka yang berada di dalam kelompok underground ini lebih mementingkan kepuasan diri atau pun keuntungan diri sendiri? Fikir! Kenapakah perlu kita menjual sesuatu keluaran dengan harga yang tinggi contohnya demo yang kadang-kadang mencecah harga hampir sepuluh ringgit sedangkan demo tersebut hanya mempunyai 3 buah lagu dan cover yang hanya difotostat dan kadang-kala kualiti fotostat pun tidak memuaskan dan masih lagi berani menjual barangan mereka dengan harga hampir sepuluh ringgit? Mengapa terjadi sebegini sedangkan bukankah kita mementingkan kepuasan diri? Dari segi mereka yang melakukan segalanya secara professional contohnya peny! ediaan muzik, recording, cover dan sebagainya memang tidak dapat dinafikan cukup bagus dan memuaskan. Tetapi bukankah dikata melanggar 'peraturan' underground sekiranya label yang menyokong kita dari belakang atau label yang menyara segala kos-kos perbelanjaan adalah label yang sama yang menyanggung artis-artis terkenal tanahair yang datangnya dari bukan golongan underground? Apakah itu masih lagi underground? Sekarang mari kita lihat dari sudut betapa adakah sesuatu label-label yang kononnya underground masih lagi kekal dengan konsep itu ataupun hanya yang boleh diklasifikasikan sebagai 'mainstream bertopengkan underground'. Cuba kita fikir, banyak label-label underground yang sudah bertapak kukuh didalam persada seni muzik tanahair yang kononnya underground. Tetapi dapatkah kita sebagai yang memperjuangkan underground menyokong label-label ini sedangkan label-label ini sudah pun beribu kali tampil di dalam majalah-majalah tempatan dan juga suratkhabar? Bukankah underground hanya hidup dikalangan dunia yang tersendiri dan jauh dari mainstream? Jadi bagaimana label-label ini boleh mengaku mereka ini underground sedangkan dalam terang mereka sudah mula mendedahkannnya? Dan sekarang ini kita lihat makin banyak majalah-majalah yang kononnya underground berada di dalam pasaran. Bukankah ini sesuatu yang boleh mendedahkan underground sedangkan underground ini, lebih senang dengan sifat '! low profile'nya sendiri? Apakah tindakan majalah dan label-label ini sebagai satu yang underground untuk kepuasan diri, ataupun sebagai suatu yang menguntungkan memandangkan pada masa sekarang ini lebih ramai mereka yang tidak terlibat sudah mula menjinakkan diri dengan underground atau lebih mudah sebagai menjinakkan diri dengan muzik underground? Bukankah kita ini benci terhadap golongan yang boleh dianggap sebagai meinstream? Kalau ya, kenapa kita sendiri yang kononnya underground merendah, memalu serta menjatuhkan prinsip kita sendiri dengan mendedahkan identiti dan lebih-lebih lagi berusaha untuk me-mainstream-kan underground itu sendiri? Bukankah itu suatu tindakan yang bodoh lagi hina. Indah khabar dari rupa dan cakap tak serupa bikin! Pernah sekali saya terdengar perbualan yang kononnya datang dari mereka yang menggelar diri mereka underground yang mejual demo dengan mementingkan keuntungan dari kepuasan diri dan lebih mementingkan populariti dari kepuasan diri. Bagaimana ini boleh terjadi sedangkan pada mulanya setiap mereka yang berjinak-jinak dengan underground kononnya berikrar yang mereka lebih mementingkan kepuasan diri dari segalanya. Ada pula kumpulan yang kononnya wujud pada zaman bermulanya underground bertapak di negara kita dan kini, bertukar menjadi maintream dengan alasan muzik ini bosan dan tidak boleh cari makan! Apa ini!!?? Fikir lagi! Jika kita terima muzik ini sebagai satu bidang atau prospek yang boleh buat duit, lebih baik jangan kita panggil muzik yang kita cintai ini sebagai underground! Dan jika kita ingin hidup buat duit dengan muzik, lebih baik jangan sekali-kali menceburkan diri dalam underground kerana ini hanya akan menjatuhkan maruah diri kelak! Underground bukan cara untuk car! i makan tetapi cara untuk memperjuangkan hak manusia yang ditindas dalam pelbagai cara! Ada juga kumpulan muzik yang sememangnya dasyat dan dihormati suatu ketika, tetapi setelah kumpulan muzik ini menyertai label yang kononnya underground yang telah beribu kalu terpampang dalam suratkhabar, saya hanya mampu tersenyum dan ketawa kerana mereka ini tidak sedar yang mereka ini telah tertipu dan diperanjingkan untuk keuntungan sesetengah pihak. Jika masih tidak puas hati, kita boleh bertanya label-label underground berkenaan ataupun majalah-majalah yang membuat liputan mengenai underground ini sama ada mereka ini benar-benar paham dengan underground atau tidak. Bagi saya, untuk generasi underground dinegara kita pada masa sekarang dan dari dahulu lagi, mereka yang mempunyai kuasa wang sahaja yang boleh hidup dengan underground. Siapa ada wang, semua boleh jadi. Walaupun underground! Jika ada wang, bolehlah memberi sokongan pada kumpulan-kumpulan yang hebat dan pulangan pasti memuaskan! Segala perkara diatas memfokuskan kepada muzik. Bagaimana dengan sikap atau attitude sesetengah individu yang dengan beraninya telah memecahbelahkan arena underground di malaysia dengan mewujudkan sesuatu lebih kepada bersifat kenegerian contohnya scene utara, scene ipoh, scene k.l dan sebagainya. Apakah semua ini? Apakah tujuan kita memecahbelahkan arena underground kepada bahagian-bahagian tersebut sedangkan kita datang dari satu negara??!! Apakah kita ini sudah mula menggiatkan diri dalam politik dimana kita sudah mula berpecah belah dengan aktiviti dan kelompok masing-masing sedangkan kita ini semua satu bangsa dan tinggal dalam satu negara?? Memang ada sesetengah berpendapat kita perlu berpuak-puak untuk menghasilkan yang terbaik dan kononnya 'only the strong lives.' Apakah ini benar? Pernahkah kita mendengar underground di luar negara memecahbelahkan scene mereka mengikut negeri masing-masing? Adakah ini terjadi di negara mereka? Bagaimana pula kita? Bagi saya sekiranya ! kita masih lagi dengan sifat egoisma yang lebih mementingkan kenegerian, sudah pasti underground dinegara kita sukar untuk berdiri kukuh disebabkab pengasingan scene ini. Kita langsung tidak mengamalkan konsep bersatu atau unite yang kita percayai selama ini. Sifat sombong, bongkak adalah sifat yang utama yang ada pada diri mereka yang bergelar underground kononnya kita sebagai underground adalah ganas, kejam, suka mengeji dan lebih mementingkan diri sendiri. Tengok kembali ideologi dan falsafah perjuangan underground! Underground wujud untuk menentang sebarang penindasan dan sebarang ketidakpuasan hati. Bukan untuk membangga diri yang kita seorang underground!! Semua yang terjadi ini sememangnya memburukkan lagi keadaan scene dinegara kita. Yang sedihnya, underground terdiri ramai dari golongan bangsa melayu dan melayu yang menyertai underground adalah dari golongan yang sombong dan bongkak belaka. Memecahbelahkan scene, mengambil underground untuk keuntungan….adakah ini suatu yang boleh memajukan scene negara kita? Sememangnya benar apa yang diperkatakan oleh seorang tokoh pengkaji bangsa terkenal iaitu seorang turki yang mempunyai ideologi komunisma membuat kajian tentang perangai atau sifat orang melayu di MALAYSIA yang katanya kita tersenarai diantara bangsa yang tidak boleh memerintah dunia. Beliau telah mengambil masa selama 5 tahun tinggal di negara kita dan mengkaji sifat melayu dengan kemelayuannya dan inilah hasilnya dimana kita tidak layak memerintah dunia kerana apa?? Kerana sifat sombong, bongkak dan tidak boleh menerima nasihat orang lain yang sedar. Inilah sifat yang ada didalam setiap diri mereka yang menggelar diri m! ereka underground…di negara kita. Itu semuanya dari aspek pengkelasan yang timbul dalam diri. Kita lihat pula bagaimana kita sebagai underground kononnya dalam setiap majalah underground atau zine yang mana setiap kalinya kita menemuramah sesuatu kumpulan atau individu, jarang sekali kita memperkatakan tentang ideologi perjuangan dan mana kita semua hanya menitikberatkan muzik, cara pemakaian dan berapa lama kewujudan sesuatu kumpulan. Dimanakah kesedaran dan tanggungjawab kita sebagai seorang underground apabila dalam setiap zine, kita hanya mepersoal tentang muzik dan hanya menitikberatkan tentang muzik sedangkan dalam underground, muzik hanyalah sebagai alat kedua untuk motif perjuangan. Bukan sahaja ideologi perjuangan underground tidak difahami oleh kebanyakan kumpulan yang kukuh malah penulis-penulis zine itu sendiri kadangkala tidak memahami apakah itu underground sebenarnya dan menganggap underground itu hanyalah muzik semata-mata. Mungkin juga mereka berpendapat dari segi falsafah dan ideologi perjuan! gan, semua ini hanya diperjuangkan oleh golongan-golongan selain metal iaitu punk dan core manakala metal hanyalah mementingkan muzik dari perjuangan. Bukankah core, metal dan punk datang dari satu nama iaitu UNDERGROUND? Kenapakah mesti mereka yang menggelar diri mereka sebagai metallers menolak perjuangan tersebut sedangkan kita sebagai satu unit yang bersatu yang memperjuangkan underground? Jika masing-masing dengan hal dan sifat sombong dan bongkak, untuk apa kita berada didalam underground? Jika kita tidak ambil endah dengan matlamat, tujuan, falsafah dan ideologi perjuangan underground, untuk apa kita menggelar diri kita sebagai underground? Untuk apa?? Sememangnya kita yang menggelar diri kita sebagai underground patut fikir semasak dan sedalam-dalamnya mengenai perkara ini. Kita sepatutnya malu pada scene luar negara yang beberapa kali mencemuh sikap dan perangai undergrounders kita yang hanya mementingkan muzik dari perjuangan. Kita juga berkali-kali dicemuh diatas sifat yang mudah terikut tanpa betul-betul mendalami setiap perkara yang diikut. Ramai lagi diantara kita yang masih lagi belum sedar tentang hal ini. Bagi scene luar, pernahkah kumpulan-kumpulan disana membuat segala yang tertulis diatas? Memang ada. Tetapi golongan itu hanya sedikit berbanding kita. Sifat bersatu, berfikir dan berfikiran terbuka adalah sifat yang menguatkan scene mereka hingga sekarang. Boleh kita lihat didalam zine-zine negara kita dimana sesetengah mereka yang menganggap diri mereka sudah kuat dan kukuh dalam underground hanya mengabaikan soalan-soalan dan individu yang bagi mereka dianggap 'bodoh'. Perbezaan yang dapat kita lihat dengan kum! pulan-kumpulan diluar negara dimana mereka cuba menjawab sedaya upaya setiap soalan diajukan walau se'bodoh' mana pun soalan itu. Meskipun scene mereka wujud lebih lama dari kita, Adakah mereka pernah sombong dan bongkak dengan itu?? Pastinya jauh berbeza dengan sifat kita yang mana bila baru sahaja menceburkan diri dalam underground ini, sudah mula tampak egois dan sombongnya perangai yang mana hanya mementingkan keuntungan, populariti dan mengabaikan mereka yang memerlukan petunjuk dari kita. Bukankah kita patut malu dengan sifat demikian? Tidakkah kita patut malu dengan sifat kita yang kadangkala melebihi mereka yang arif tentang ini dari negara luar sedangkan undergrounders negara luar hanyalah bersifat bersahaja dari kita yang begitu menonjol dengan identiti underground kita walhal hanyalah menunjukkan kebodohan diri sendiri?? Segala yang diperbincangkan adalah dari atas kesedaran. Segala yang dilakukan patut didalami dari hanya menjadi pak turut yang hanya mengikut sesuatu tanpa tahu hujung pangkalnya. Marilah kita sama-sama fikir untuk apakah semua ini terjadi dinegara kita. Satu lagi yang patut diperhatikan ialah istilah orang lama atau 'oldtimer' yang makin popular di kalangan kita. Apakah kegunaan istilah ini sebenarnya? Untuk menunjukkan kekuasaan kita? Adakah untuk menunjukkan kita berpengalaman dalam hal ini? Adakah istilah ini digunakan untuk dibangga-bangga dan dimegah-megah supaya kita dihormati dan dipandang? Cuba fikir! Pernahkah kumpulan-kumpulan diluar negara menggunakan istilah ini pada diri mereka sedangkan mereka yang memulakan underground ini? Kenapa mesti kita yang menggunakan istilah ini? Adakah kita sudah hilang akal dan pertimbangan untuk menonjolkan diri dikhalayak sedangkan pada hakikatnya kita langsung tidak tahu apakah underground yang sebenarnya! Sama-sama kita fikirkan tentang kebaikan segala yang kita cipta didalam scene underground tanahair kita. Adakah ianya betul-betul membawa kebaikan atau hanya kemusnahan yang mana hanya akan merosakkan scene kita nanti. Fikir wahai undergrounders sekalian. Sejak dari kewujudan underground dinegara kita dari tahun 80an berapa banyak perjuangan yang telah diperlaksanakan? Ataupun adakah perjuangan yang dilakukan hanyalah semata-mata muzik tanpa motif sebenar, ataupun adakah perjuangan yang kita lakukan dari dulu untuk melihat keruntuhan scene kita di masa hadapan kelak ataupun selama ini kita berjuang diatas angan-angan ataupun suatu yang hanya boleh dianggap sebagai sampah?? Apakah kebaikan istilah oldtimer?, apakah kebaikan mewujudkan scene yang lebih bersifat kenegerian?, apakah tindakan kita cukup underground jika kita menyokong label-label atau zine-zine dan majalah yang menggunakan underground sebagai mata pencarian?, dan adakah patut kita sokong kumpulan-kumpulan dinegara! kita yang hidup mencari makan dengan muzik dan falsafah yang diperjuangkan oleh underground? Semuanya ini untuk renungan bersama. Bukan untuk provokasi melampau ataupun untuk mepersendakan underground dinegara kita tetapi segala yang berlaku adalah benar dan ianya berlaku diatas tanpa kesedaran dan sifat leka, alpa dan lalai undergrounders kita yang tahu hanya melaungkan underground tanpa mengambil erti sebenar underground tersebut…underground yang kononnya telah lama wujud dinegara kita.Kepada semua pembaca, diharap kita sama-sama dapat menilai setiap yang diperkatakan didalam risalah ini untuk kebaikan bersama. Inilah sebenarnya underground yang telah lama wujud dinegara kita lebih dari 10 tahun. Underground yang tiada motif perjuangan melainkan muzik semata-mata. Bilakah underground yang sebetulnya akan wujud? Atau adakah boleh diwujudkan underground yang mempunyai motif perjuangan yang sebenar sedangkan kita sendiri masih belum tahu apa erti underground tersebut dan masih kuat dengan perangai bongkak, sombong, ego atau lebih mendalam sebagai sifat kemelayuan yang melampau. Segalanya diatas kesedaran dan kita yang mampu menentukan segalanya. Ini semua terpulang. Kita yang menentukan nasib underground di negara ini. Jika kewujudan underground hanyalah atas berdasarkan muzik sememangnya kita lah posers yang sebenar. Jika kita sudah mula mempunya kesedaran, maka lakukanlah sesuatu untuk underground dan buktikan yang kita sebenar-benarnya underground yang mempunyai matlamat hidup dan tahap kesedaran yang tinggi. Underground Is To Fight Against The System, Discrimination, To Protect Human Rights Having Self Awareness And To Hold Code Of Ethics. Fikir dan dalami apa yang diperkatakan kerana segalanya mampu untuk mengubah nasib underground dinegara kita sama ada kearah menguatkan scene atau pun melupuskannya sama sekali!!!

Subscribe to:
Comments (Atom)